Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan tentang murid yang akan ditaksir, bila
pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau
pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah
dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.